BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 13, 2010

Sepanjang hidup.

Assalamualaikum. Lama sungguh aku tak update blog bunga bunga wangi aku ni. Tup tup. Dah nak dekat setahun dah. Alhamdulillah. Macam macam yang aku alami sepanjang hidup ni. Banyak perkara yang kalau dilihat semula mematangkan aku. Yang membawa perubahan dalam diri dan lain lain. Aku bersyukur kerana dengan adanya dugaan dugaan ini, aku boleh cuba untuk mematangkan diri sendiri. Apa apapun. Terima kasih kepada yang di atas sana, yang Maha Esa. Sampai harini aku boleh hidup di atas muka bumi ini.

Exam akhir tahun dah jauh pergi, PMR akan kembali tahun hadapan. Tak lama pun. Lagi bape bulan je. Buku teks pun dah dapat. Seperti yang aku cakap dulu. Kita mesti ada perubahan dalam hidup. Bukan masa exam je baru nak berubah. Allah takkan ubah nasib seseorang itu melainkan kita sendiri mengubahnya. Ya Allah, bantulah aku dalam sesi perubahan hidup ini. Apapun terjadi, aku lepaskan segalanya kepadaMu Ya Allah.

Semua perkara yang lepas terjadi dalam hidup kita, lepaskan jelah dia pergi. What important is, future kita ni. Yang good good datangnya semua dari Allah, yang not good not good semuanya datang dari kesilapan diri kita sendiri. Tak perlu menyalahkan sesiapa. Dalam kesempatan ini jugak, aku nak susun sepuluh jari tangan and sepuluh jari kaki memohon maaf kalau ada yang tersilap cakap, buat hati terguris semua kan, manalah tau. Tersepak ke, terpelempang ke.

Sesungguhnya, forgiveness is the sweetest revenge in the world. Dengan kata akhir, halalkan makan minum, maafkan segala kesalahan, saya cuma insan yang lemah dan kurang ilmunya. Be well, do good work, and keep in touch.