BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 26, 2010

Si Handsome (bukan nama sebenar)

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Aku telah berjumpa dengan seorang lelaki yang teramat baik. Aku rasa dia lah insan yang paling terbaik penah aku jumpa. Nak tahu kenapa? Sebab dia jujur, dia ikhlas, dia tulus dan amat bertanggungjawab. Macam mana aku tahu? Sebab dia kawan abang aku Khairul Lothfan. Namanya Handsome (bukan nama sebenar). Seorang lelaki yang pernah mendiami hati aku. Lelaki yang mulia bagi aku. Lelaki yang tiada tandingan dengan lelaki-lelaki lain. Oh, sungguh aku bertuah kerana aku ada dia.

Kami menjalinkan hubungan sebagai pasangan yang paling romantik dan bahagia (bagi aku). Kami ibarat isi dan kuku, ibarat kumbang dan bunganya. Yang tidak boleh berpisah dan berenggang. Sebulan hubungan kami terjalin. Sebab mula dia message aku pada 14 Julai 2010. Sebulan mungkin angka yang sangat sedikit. Tapi dalam sebulan itu terdapat beribu-ribu kenangan yang tidak mampu luput dari ingatan. Mana mungkin kasih sayang setulus itu dapat dilupakan. Apatah lagi itulah kali pertama aku benar-benar rasa cinta.

Kenapa ya hubungan itu hanya berhasil selama sebulan sahaja? Ini semua gara-gara perasaan tidak bersyukur. Perasaan yang memberontak untuk bebas dari komitmen. Perasaan yang tidak boleh terkawal. Perasaan yang inginkan kasih sayang yang melimpah-ruah. Dan perasaan itu sendiri datang dari aku sendiri. Aku terlalu bodoh dan terlalu ikutkan nafsu dan perasaan. Ya, semestinya kalian mengatakan aku perempuan yang tidak kenang di untung. Perempuan yang entah macam-macam lagi. Yang buruk-buruklah kiranya. Tapi, aku akur memang itulah kesalahan paling besar pernah aku buat sepanjang hayat aku. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat silap. Meninggalkan Handsome yang begitu setia, begitu sabar dengan setiap kerenah aku selama ini. Aku tahu, tidak ada lelaki lain yang mampu tahan dengan perangai dan kerenah aku. Hanya Handsome, lelaki itu sahaja. Lelaki yang paling perfect! Beruntunglah kalian jika memilikinya. Dan aku akan cemburu terhadap insan yang berjaya mendampingi hidupnya.


Namun begitu, dia tetap melayan aku dengan baik sekali. Aku tidak sanggup sakiti hatinya lagi. Dia terlalu baik untuk aku. Biarlah dia bebas dengan hidupnya. Dalam diam aku sering berdoa sekiranya peluang itu masih ada di hadapanku. Aku tahu itu sesuatu yang mustahil. Tapi, jika benar cinta itu ikhlas dan suci, berbekalkan restu daripada yang Maha mencintai. Aku yakin, peluang itu akan sentiasa berada di hadapan dan menanti aku untuk mengorakkan langkah aku.

Kini, aku menjalankan hidup aku seperti biasa. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa telan dengan pahit memori-memori lalu. Untuk apa aku coretkan kisah ini? Kerana ianya sebagai pengajaran kepada kalian yang sedang bercinta. Dalam sebuah perhubungan perlulah ada rasa tanggungjawab, setia, jujur, amanah dan ikhlas. Sekiranya terdapat perselisihan, segeralah berbincang. Dan janganlah menyesal seperti mana telah aku alaminya. Peluang itu datang sekali, dan rebutlah ia. Nikmatinya dengan sungguh-sungguh. Setiap perbuatan baik, Tuhan akan balas dengan baik. Dan setiap perbuatan buruk itu Tuhan akan balas dengan balasan yang setimpal. Sungguh aku menyesal dengan tindakan dan perbuatan aku. Sejujurnya aku mengharap cintanya dan merindui bait-bait cinta antara kami. Untuk korang, “Selamat menjalani hidup ini”.

Wednesday, August 25, 2010

Tentang Seseorang.

Wanita amat susah mencintai seorang lelaki untuk pertama, kedua, ketiga dan terusterusterus. Tapi sekali hati wanita itu mencintai dia akan sangat susah melupakannya.

Saat kau katakan kau mencintaiku, saat itulah aku memberikan kunci, untuk hati, jiwa dan fikiranku, aku senang untuk tahu bahawa kau milikku. Aku mahu bertahan selamanya, untuk kita akan selalu bersama, merasa sakit atau kemanisan bersama, aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan, saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita. Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi, jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas. Tanpamu disisi, aku tidak tenang.

Love.

LOVE starts with a SMILE , grows with a KISS , and ends with a TEAR.

DON'T cry over anyone who won't cry over you.


Good FRIENDS are hard to find, harder to leave, and impossible to forget
You can only go as far as you push.


ACTIONS speak louder than words.


The HARDEST thing to do is watch the one you love, love somebody else.


DON'T let the past hold you back, you're missing the good stuff.


LIFE'S SHORT. If you don't look around once in a while you might miss it.


A BEST FRIEND is like a four leaf clover, HARD TO FIND and LUCKY TO HAVE.


Some people make the world SPECIAL just by being in it.


BEST FRIENDS are the siblings God forgot to give us.


When it HURTS to look back, and you're SCARED to look ahead,you can look beside you and your BEST FRIEND will be there.

TRUE FRIENDSHIP "NEVER" ENDS. Friends are FOREVER.


Good friends are like STARS You don't always see them, but you know they are ALWAYS THERE.


DON'T frown. You never know who is falling in love with your smile.


What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry?


Nobody is perfect until you fall in love with them.


Everything is okay in the end. If it's not okay, then it's not the end.


Most people walk in and out of your life, but only FRIENDS leave footprints in your heart.


Remember, every minute spent angry is sixty seconds of happiness wasted.

AWESOME PRAYER:

May today there be peace within you. May you trust God that you are exactly where you are meant to be. "I believe that friends are quiet angels who lift us to our feet when our wings have trouble remembering how to fly."

For the first time.

Jam menunjukkan pukul 11.30 pm. Aku yang nak tido tiba-tiba susah bernafas, sakit dada rasa macam nak mampus. Hey language. Biadap betul. Sorry-sorry. Rasa dah tak tahan. Mengadu dengan angah, angah dengan risau serisaunya macam pisau kene sasau. Dia bawak kete macam ambulan bawak van. Gila laju.

Sampai di hospital, aku dikejarkan masuk ke unit kecemasan, emergency dan trauma. Apa lagi. Dipanggilnya nama aku, and aku masuk lah. Bilik 2. Check punya check, Dia suroh pergi kencing, amek darah and guna bende letrik yang melekap kat badan tah ape namenye tah. ECG kott.

Lepastu. Aku tunggu keputusan darah. Then dia panggil nama aku. Aku masuklah balik ke dalam bilik 2 tersebut. Dia tanya, "adik pernah masuk wad tak?" "tak penah." Time tu aku rasa nak lari dah haha goyang kott. Dahla. Buat ape nak cite panjang-panjang. Wabillahhitaufiq walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh.

Malas dan Penat.

Jangan nak buat pandai lah kalau taknak faham. Orang boleh kata aku macam-macam. But listen. Dah lumrah hidop aku camni. Apa kan daya? Okay. Live on. Go on. Get a grip. lalala.

Hari-hari aku kene brainwash kau tahu tak? Kalau brainwash guna clorox berjenama takpe. Ni clorox 99.99% boleh bersih. Heishh. Senang cerita. Mereka suruh aku lupakan dia. Yela, setakat cakap boleh lah en. Things are easier said then done. Tapi hati aku ni dekat dia lagi. Masih pada dia. Yela. Susah kan let go orang yang kita sayang ? Dorang kata. Mesti dia benci kau doh Qifaaaaaaa. Pedulik apa aku ? Aku tu aku. Biarlah hati aku sayang lagi kat dia ke tak. Seriously. Aku sayang dia. Only God know how much I Love him. hm.

I'm tired of not being heard. Aku dah jenuh dengan hanya mendengar, aku dah penat bila takde orang nak dengar cerita aku. Bila aku cakap aku sayang dia gila, dorang suruh aku lupakan dia. Macam aku cakap tadi. Things are easier said then done. Taktipu doh. Aku sayang dia. Aku dah muak bila takde orang ambil kisah pasal aku. Takde siapa yang boleh atasi dia. Belum aku jumpe lagi orang macam tu. Bila malam. Aku tengok kalendar. Siap aku tulis bagai nama dia banyakbanyak dalam kalendar, kertas A4. Aku tak buang tu semua. Sampai pada suatu hari, aku tengah belajar Science, aku bukak page 56, keluar nama dia banyak. Time tu jugak aku mintak Sir pas nak kuar pergi tandas untuk mengalirkan airmata.

Tak siapa yang tahu. Sekarang aku asyik duduk sorang-sorang. Dah jarang online and so on. Dorang bagi nasihat, tapi dorang takpenah faham keadaan aku. Dia pernah kata. Kalau ada masalah. Cerita je kat dia. Sedih doe. Ade ke orang amik kesah lagi pasal aku ? Takde. Takde langsung, yes. Memanglah Eykha, Kak Emah and so on tu ada. Tapi aku rasa kehilangan gila doh. Dia caring gila. Belum aku pernah jumpa mamat sehandsome secaring dia. Bila dah takde. Aku rasa hidup aku kosong.

Lepas dia kata take care, seriously tu. Esok tu aku terus demam. Bila hati dah sayang, macam-macam boleh jadi. Tapi, kalau nak back to history balik. Semua dah jadi. Nak buat camne. The truth is, I really love him. Bila pukul 7 lebih ke lapan lebih, biasa phone aku berbunyi. Ni dah tak lagi. Rindu betul dengan dia.

Bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu,
Syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
Aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini.

Aku taktau lah betul ke tidak lirik lagu ni, sebab aku bukannye reti sangat bab-bab melancar ni. And. masa aku tegur dia tu. Nak tau tak apa yang aku rasa? Hati aku dah mcm pesta muda mudi dah. Macam bunga api saut-sahutan kat langit. Macam dapat pergi taman bungaaa. Haa cmtulah happynya aku. Boleh dikatakan Officially happy lah. Senang cte, Only God know jela betape happy nye hati mase tu.

Kan best dapat tengok sunset sama-sama dengan dia. :'(
Qifaaa happy bila ada orang ambil berat tentang kesihatan, keadaan dia. Sangat happy. Taknak kehilangan tu. Tapi semua dah terjadi. Nasik dah jadi bubur, dia takboleh jadi nasik balik or sup ayam balik. God, how is he ? Saya rindu lah.
Rindu nak dengar suara dia.

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelapnya mimpi mu
Aku setia di sini
Mengusap tangismu
Menerangi sunyi di hatimuuuu.

Dan sekarang, golden dream aku ialah bersama dia. Boleh ke ?