BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 1, 2011

You can be happy where you are ; OMAR'S

Alfatihah buat Fadzil binti Azizah.

Marriage is the agreement to let a family happen. SETUJU! And today, if nak tau. Hari aku berjumpa dengan family arwah abah. Memang menakjubkan. Selama 17 jam aku bersama mereka. Walaupun tak sampai sehari, aku dapat rasakan yang family itu benar benar happy.

If you want to be happy, be. Jangan nak campur adukkan perasaan marah benci and everything yang ada kat kepala kita ni. Ingat. Hidup ni bukannya selalu indah. Kalau dah datang yang baik tu, Nikmatilah ia. Saaayang family aku.

Pukul 12 lebih nak pukul 1 dah aku sampai rumah makngah. Aku tukar baju and salam salam dia orang. Lepastu buat cupcakes! So comel, and nak bagitau ni. Cupcakes tu yang ukir and lukis nama nama tu aku tau. Hihihi. Comeel gila kot. Kecik kecik je, punya lama aku buat dengan Kak Ira. Penat penat.

Pagi yang indah, aku bangun pukul 7.30 pagi akibat dikejutkan oleh Mama saya. Gosok gigi sampai berkilat kilat macam kertas kilat lepastu cuci muka guna clorox 99.99% bersih. Ikut pakngah pergi rumah Makndak di seberang sana.. Sampai je aku sarapan makan 4 keping roti jala for the first round, hihi. Japlagi jumpa kembar aku yang pertama. Atirotttttt.

Chit chat chit chat alexander. Aku naik atas. Jumpa kembar kedua aku. Tengah terbungkang tidur. Aku kena tegur aku dah berisi. Muahahaha. Aku memang tak tahan gila time Atirot cakap camtu. Aku nak DIET! Dah boring. Turun bawah tinguk cerita Lilo and Stitch. Memang tak masuk otak aku tinguk cerita tu de, maklumlah. Aku kan dah MATANG. Hahah poyo je. At last. Aku tinguk jugak cerita budak kecik dengan alien biru dia tu. Dah lah hitam. Nasib muka comel. Silap anak Negro je.

Tiba tiba aku nampak something yang bersih. Tinguk punya tinguk, Haziq dah mandi. Dia lah seko umat yang dah mandi time tu. Pergggh handsome siot. Kalau kau bukan cousin aku lah kan. Aku dah usha dah. Lagipun kau bawah umur. Taknak lah usha budak kecik. Hahahahaha. Atirot, Danial, Haziq and Adik Fir lapa. Dia orang ajak aku makan. Aku pun apalagi. Makan lah lagi.. 2 keping aku telan. Hihihi. Kalau ikutkan harini dah 6 keping tau. Ish ish ish. Qifa Qifa.

10.30 pagi. Sambung tidur. Selepas penat kemas and menta darah HAHAHA. It sokay. Aku muda lagi. Gemuk pun tak kesah. Tak kesah ye tak -,- Back to the story. Nak dijadikan cerita, aku bangun balik pukul 1.30 petang. Akibat penat buat cupcakes semalam.

Sampai di rumah Makngah, aku pun jadilah photographer bersama Atirot, Baim, and Kak Ina. Bajet power je aku kan. Paklong bagi camera kat aku. Paklong cakap. Amik semua gerak geri Paklong kemanapun paklong berada. Aku pun follow jela buntot Paklong aku yang handsome tu.

Aku takdapat nak berborak dengan kembar aku yang ketiga tu. Sombong lah dia.. SEDIH aku siot. Tapi takpe. Aku tetap happy jumpa kau. Rindu dekat kembar number 4 aku. Kalaulah dia ada. Dah cukup korum dah 4 DARA PINGITAN. Atirot jelah yang ade dengan aku tadii.

BUT WHATEVER WHERENEVER FOREVER AND EVER PUN, Aku bahagia dapat family sporting macam ni. Aku bangga aku ada family begitu. Aku appreciate aku ada family begini dan begitu. Congratulation Kaklong, :) What a wonderful life I've had today! I wish it will be forever. May Allah bless korang tau. I love OMAR'S !

Thursday, December 30, 2010

It's all about me. Deal with it.

Kenapa baru harini aku nak update blog pasal aku? Haha, takreti makcik de. Memang dah harini aku nak cerita pasal aku, aku ceritalah. Hehehe.

Okay firstly. Saya nak memperkenal dan terkenal kan nama saya. Nama saya ialah Nurthaqifah Najlaa binti Fadzil. Nama saya ialah ye tak. Muehehehe. Gonna be 15. Tidak bodoh seperti anda. Sangat suka makan pada waktu cutucuti sekolah dan hujung minggu. Sangat diet apabila waktu sekolah *nak menunjukkan aku kurus lah depan kawan kawan kan hihihi. Bocor dah rahsia.

Next. Saya suka gelak. Tak banyak cakap jika jumpa orang yang tak banyak cakap jugak. Kalau jumpa orang yang banyak cakap, saya akan banyak cakap. Begitulah aktiviti harian saya. Friends mean everything to me. Not at all. Hahaha. I love them so much. Tapi tak berapa much sangat lah. Akak cakap. Berkawan takpayah nak lebih lebih de. Setakat kawan kat sekolah sudah. Money couldn't buy you friends, but you get a better class of enemy.

Ini about muka pula. Everybody says I look just like my mother. Everybody says I'm the image of Aunt Marsila. Everybody says my nose is like my late father's, but I want to look like ME! I'm so cute. Jangan nak bertengkar tentang itu lagi. Saya sangat suka dengan wajah saya dan saya berterima kasih kepada Pencipta saya :)

I like to be a minah jiwang. Some don't like that, but that's the way I am. Suka lagu sedih. Suka lagu rancak. Tapi mostly dekat lagu jiwang leleh. Fuhh. Favourite tu. Entah bila nak ubah jadi minah hip hop ke ape. Hihihi

It's about love. When I let go of what I am, I become what I might be. So. It's all past. I'm totally single. And. Aku boleh sayang sesiapa yang aku nak. I'm totally free daripada terjaga daripada boyfriend. Saya takde boyfriend. Miracle kan? Yes. I'm a miracle! Bila break up. Layan lah lagu jiwang hahaha. But. The more I lose myself in something bigger than myself, the more energy I will have.

I do my thing and you do yours. I am not in this world to live up to your expectations, and you are not in this world to live up to mine. You are you and I am I, and if by chance we find each other, then it is beautiful. If not, it can't be helped. So. What so over lah kau nak cakap pasal aku. It doesn't make ANY sense okay :D I'm used to be me. I am my own heroine. Thank you.

Phone.

As a teenager you are at the last stage in your life when you will be happy to hear that the phone is for you. Ha, aku baru je elok and dapat phone. Japlagi dengar cite phone aku dah hilang. Maun aku demam lagi. Haha. Mesti tak faham kan? Okay. Aku cerita aku cerita.


One fine day, aku dan Eykha pergi hantar kertas kerja mak aku pergi cc. Then eykha pun cakap. Qifacomel, aku laparlah. Pergi beli maggi nak, maggi tomyam ke kari? Aku cakap tomyam. End of conversation.

Sampai kat kedai tu, aku bawak phone tu. Lepas dah selesai pasal kertas kerja tu, kitorang pun gerak pegi 7e. Cari maggi. Takde. Pergi pulak kedai megaway yang besar tu. Yang uncle friendly tu. Takde jugak. Last last Eykha busuk tu cakap. Kat 7e tadi tu ade. Tapi satu satu. Boleh? Ha datang lah balik kat kedai tu. Lepas beli. Balik rumah.

Sesampai je rumah Eykha, aku cari phone aku dah takde. Kau tau jelah apa yang aku rasa. Menggelibak, takut, resah, gelisah semua ada. Bercampur baur lah bungek. Haha bungek. Aku dengan menggelibaknya cakap dengan Eykha, weh mana phone aku. Pegii lah balik kat kedai kedai tadi tu. Makcik tu cakap takde. Akak tu cakap takde. Uncle tu cakap takde. Punyalah aku geram. Rasa nak menjerit je. Siapa lahanat nak ambik phone murah aku tu.

Baliklah dengan rasa kecewa.. sambil tu rasa something dekat maggi tersebut. Aku ambil dan aku lihat plastic maggi itu. Rupa rupanya, ada phone aku. Sengal. Time tu aku nak menangis da. Haduh. 10 kali misscall. Memang harini sengal betul lah.

I love to surf the Net and talk on the phone with my friends. Thank God, jumpa balik phone tu. Kalau tak. Demam aku. Alhamdulillah :D

Tuesday, December 28, 2010

Little Words.

Apa yang aku cakap, boleh ubah hidup someone. See here they are. So, today aku rasa penat sangat. Sebab aku baru je elok selsema dah keluar -,- Berbalik pada tajuk tadi. Aku selsema. Alhamdulillah. So far so good. Memang good lah lepak Ruby. Hmm, btw dah nak bukak sekolah dah pun. Beli buku sendiri, baju sekolah sendiri. Kita dah besar kan. Semuanya sendiri lah. Takkan nak harap parent kita lagi. Tambah tambah aku dah takde abah. Tinggal mama je, takkan nak letak semua kat bahu dia. Bila fikir balik kalau nak pergi alone tu, takut pula, ajak lah aku punya THE ONLY SISTER tu.

Nak ajak, takut penat pula. Bila bantah, take a few things back. Orang tua ni cepat tersinggung hati. So bila nak cakap tu kena lah baik baik ke pandai cover pun okay. Bak kata pepatah, like pull the hair in the flour, hair not broke, the flour not scatter. HAHAH. Sorry sorry. Saje buat lawak. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak :D

Hmm next topic. Aku nampak banyak gila couple mase jalan tadi. Well, agak jeles dengan dorang huh. Sampai depan aku masa main boling tadi buat something hot. Pakai tudung lagi. Ada yang aku kenal tapi buat buat tak kenal. Haha mampus lah, tak heran pun. Tak mengapa kalau kita tak seperti orang lain. Just be me. Okay. Again. Just be me. Repeat. JUST BE ME!

Dua tiga hari ni aku rasa macam aku cakap sorang sorang. Like cakap dengan dinding. Ada lagu special untuk orang yang suka bagi aku cakap sorang sorang. Kau orang nak tahu tak apa yang aku rasa? Takyah cakap banyak. Just be me, HAHA. Bukan bukan salah. Cuba kau orang bercakap dengan orang lain and then diorang macam buat nothing goes on? Mesti rasa bengang gila kan. Aku tension bodoh. Ha kan dah. Qifaaa languange-,- kau nak exam dah. Mulut jaga sikit. Hihih. Ter ter sorry. Okay lagu ni khas untuk kau orang yang dah lukakan hati aku ni. Lainkali bagi je aku cakap sorang sorang. Malas nak cakap dengan korang da. Ingat you all je boleh touching? I pun boleh tau. Bila bila I nak okay, SEE YAH.

Talking to the Waaaaaaaaaalllll,
I'm feeling like I'm famous,
When I'm talking to the wall,
The wall said I'm so cute,
Saya rasa lagi best cakap dengan dinding,
Daripada cakap dengan YOU ALL.

Mood ; FREAKING PATHETIC.

Sunday, December 26, 2010

Aku dan Selsema.

Assalamualaikum, hacum sana hacum sini. Ceh, anda semua tau. Aku kena selsema. HAHA. Selsema dah lama. Demam pun sama. Demam bukan jenis demam panas, demam sejuk. Aku dah telan ubat selsema biasa yang mengandungi antihistamines. Tengok tu. Lidah aku, tiba-tiba berpusing menyebut benda alah ni. HAHA.

" Kak, ada ubat yang lebih cepat untuk hilangkan selsema tak? " Ubat ni pun aku dah telan. See, still macam tu jugak. Bila dah selsema ni, memang seksa doe. Sure lidah rasa payau payau, pahit pahit. Air saliva pun rasa macam banyak je. Semakin lemah antibody aku ni. Tu laa. Sayur taknak makan. Padan muka aku. Tapi takpe.. Aku masih gagah untuk hang pada 28 ni. Tengok tu. Buruk perangai. Kat umah. Sakit nak makan je. Sampai 28 sehat pula nak keluar. Hehe, oh no. Flu flu ! HAHAHAHA

Lubang hidung menunjukkan banyak nose water *bak kata Zizan. Time selsema ni. Lepas makan ubat biasanya tak ngantok. Entah kenapa ubat yang beli dekat farmasi ni jadi ngantuk pula, *Sambil menyedut hingus yang terkeluar.. minum air. 1 jam yang telah berlalu, ngantuk. Tidurlaaaah. Tidur punya tidur. Ha kau. Pukul 9 lebih aku bangun. Dengan tak sembahyang. Tak baca Yassin. Astaghfirullah. Apa nak jadi kau ni Qifaaa, adoi.

Bukan apa. Aku selsema lama lama ni mak aku cakap tak elok. Aku pun takut jugak, takut kena influenza B h5hi5 and give me five ! Hoyeahhh. Suko lak kau. Ada berani maun tanggung? Silap silap mati kena selsema babi h5hi give me five.

Ubat ubat ubat. Tu dia. Mai da. Ubat. Kau tau tak bahaya tau makan ubat ni. Dadah. Dadah musuh nombor 1 Malaysia. HAHA. Malaysia ke Dunia? Takreti Makcik do. Di nasihatkan agar janganlah kita makan ubat kerana ubat itu dadah. Kita boleh ketagih. Hihi. Kalaulah aku cakap macam ni kat mak aku. Gerenti kena basuh otak aku ni. Clean habis ! Baru aku tau jarak langit dengan bumi. Hahaha.

Dijadikan cerita, disebabkan demam ini juga terhapusnya dosa kecil aku. Ceh. Dahla tinggal sembahyang. Berpuyun dosa aku tanggung. Bertaubatlah kamu. Ha rasakan kau di akhirat kelak !

It's something I do every year to hope I don`t get the flu.