BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 15, 2011

LoveMENYOTSaya. Haha

Happy Wednesday. HAHA. Takde ape nak cite arini. Masih geram geram geram. SANGATSANGAT. Menyampah tengok dia ada dalam kelas. Taksukaaaaaa! Ish ish. Nyah kamu dari sini !

Ergh. Homework banyak. AGAMA ; nota, latihan. ENGLISH ; oral assessment. Ape lagi haaa. Lupe dah. Nak tidurlah. Boring pulak momot aku takde. Balik lambat lah dia harini. Bukan harini je. HARIHARI -,- haha. Rindu lah awak yang. Balik cepat eh. Tadaaa :D

Don't mess your head with my problems ok?

Assalamualaikum :D

You might think it's ridiculous, but seriously. WHO CARES? Awak, tak kisahlah aku nak buat apepun, ape yang aku suka semua. Itu semua masalah aku lah. Takkan jadi langsung masalah you OKAAAAAY. Kenapa mahu sibuk? Macam kau tu bagus sangat lah. Eh kau pun menganjing jugak lah weh. Yang penting BM aku A lah, tak macam kau.

Kan dah kena hina. Aku tau hina orang tu tak baik. Aku ni belum bodoh macam kau lagi and still boleh berfikir. But listen this, siapa yang hina siapa dulu. Aku takkan kacau orang kalau orang tak kacau aku ok. Aku mintak sangat lah kau dapat baca luahan hati aku yang sakit ni yeee. HARAP SANGAT! Mintak mintak lah kau terasa. Biar kau jahanam. Takdelah jadi penyibuk nombor 1 dunia. Sumpah aku jam gila dengan kau. Bye jahanam.

Saturday, June 4, 2011

Datin WANNA-BE. You OLS, I OLS. Haha

Salam, harini I ols banyak kerja tau, haha. You ols you ols semua sihat? Much thing i ols buat tau.

Actually I ols tatau nak cite ape kat you ols. Bangun je pagi- tido balik- bangun semayang subuh- tido kejap- buat sarapan dengan mama- mata ngantok- mama ajak joging- taknak malas, i dah slim tau- angkat menyotmenyot busuk yang masih tdo-suruh dorang bangun- kemas tilam - mandikan pakcik izmie & iznie- pakai baju dorang- hanta kat lua- bagi dorang main basikal- pekik dekat dorang jangan main jauhjauh- dorang ejek sungguh kuangajo

- masak tengahari dengan mama- semayang zhor- bagi family makan- lepaklepaklepak- semayang asar- tido kejap- mimpi naik kete besar lepastu langgar orang- pukul 6.30 bangun- tengok macam dah malam- kena marah tdo petang lamalama-mandi bersihbersih- banyak kekotoran- lepas mandi cmpak tuala kat lantai- kena marah dengan mama ;

" NAJLAAAAAAA! SAPO NAK ANGKEK TUALO KAU NI? DAH BAPE KALI CAKAP LOPEH MANDI JANGAN LOMPAP LOMPAP TUALO ATEH KATIL/LANTAI. KAU DOGE JUGAK EH. TAKDO BABU NAK NOLONG ANGKEK TUALO UNTUK KAU TU DO. DAH BOSAR, PIKIRLAH. JANGAN NAK PK MALEH KAU TU YO.."

maghrib-ing- tengok berita dengan fmily-,- - berebut remote sebab nak tuka channel lain- mama marah- sepak sekoseko- lepastu aku kena marah- OKAY REMOTE ASTRO TERHEMPAS- dah jahanam- semua jadi orang gila tenung tv tanpa remote- semayang isyak- online- makan lagi -makan roti- minum air- gosok gigi- tidur- SELAMAT PAGI

Happiness depends on ourselves. This is my life. Thank you.

Wednesday, June 1, 2011

I am boring! And changes.

Haven't met him for 7 days now, I'm longing for his existence. I long for him. :(

Mase 2 bulan dulu asyik bergaduh je, naik frust orang tua tu kat aku. Baru tau aku cerewet macam mana, baru tau aku gila mengamuk macam mana, and perangai aku macam mana. Mengada ngada aku macam mana. Terkejutt. HAHAHA.

Aku memang takleh kena paksa nak suruh aku update2 blog ni sebab aku taksuke pakse. Biar perasaan nak update tu datang sendiri, hehe. Tidak akan diberi gelaran qifa rajin menaip lagi. HAHA. Yang lebih memeranjatkan aku, ade yang melayan blog aku yang dah berhabuk ni. Ingat tadi dah takde sape nak layan :P

Entry aku tak habes2 dengan ni kan. Naik boring kau baca. Aku tak de ape ape cite best lah. Ade pun dengan busuk aku tu. Takkan nak cite pulak. Malu laah. Okaylah. Next time if rajin aku update eh? To dear Atiroot, aku dah update dah. Cuti pun dah nak habis ni. Aku punya URUSAN dah start balik. Nak nak pulak lepas cuti. FORM 3 pulak tu. Haihh. Ontahlah. Okaylah. Bye. Assalamualaikum..

Tuesday, May 31, 2011

It's Been Sooooooooo Longg..

Assalamualaikum, lamanye tak update blog. Memang lame tak update pun. Takde orang nak tanye. Sampai mase aku bukak balik link pelangiqifa ni ade pulak yang menegur. Sepupu aku pulak suruh aku update. Hadoi. Jangan tunggu entry dari aku tau! Kalau kau tunggu belum tentu aku nak update sebab aku memang takde reason yang kukuh. Cuma sifat MALAS je yang ade sekarang.

Why saya lazy sangat? Ini kerana kalau dulu tu aku jadi akak comel duduk rumah. Sekarang? Asyik kelua ATAS URUSAN yang sangat penting. Kalau dulu rajin lah kan blog sana blog sini, merepek sana merepek sini. Kalau dulu tu dah rajin duduk rumah mesti banyak cerita nak cerita kan. Hihii. Ni dah takde dah. Itu lah dia.

Lagipun kalau dulu tu aku down, sikit2 crik blog kan. Ni aku down kawan da ramai sampai ADE KAWAN YANG LUPE AKU. Siap kutuk2 aku kat depan BIG KING <3 aku lagi. Naik downy aku. Tak sangka. Sungguh tak sangka. Big King aku tu pulak pergi layan ape dia cakap kan. Lepastu nak rahsiakan kat aku semata-mata nak jaga hati aku -,- Yang kutuk aku tu jugak kawan yang rapat dengan aku.. tak sangka tak sangka. Tapi takpelah. Nobody is perfect right? ;)

Agak berserabut blog aku ni. Entah apa aku nak cakap kat blog ni ehh? Aiyaa... Okay, I will tell you the stories & my 4 months memories a with my high HAHA. Not now, but later. Hehehe <3

Aku pun tade ape ape cerita menarik nak disharekan. Perjalanan hidup yg mendatar, membosankan...so takde apa nak di storykan. Kadang2 rasa cam nak delete je blog ni sbb aku mcm makin tade hati nak berblogging. I have notting to story about. Bubye :)

Thursday, March 3, 2011

PENAT.

Penat. 5 huruf. Boleh dikenali sebagai bosan, jemu and muak. Selalu terjadi kepada orang seperti SAYA. Beta yakin. Kau orang semua mesti selalu penat kan. Hampir seminggu, asyik stayback je kat sekolah. Esok, ade merentas desa, Ha rentas lah kau Qifa, btw. Aku tak masuk pun. Duduk macam orang gila lah kat sekolah esok. Maklum lah, aku ni kan cantik dan comel. Mane boleh lari-lari ni. HAHA. Menyampah -,-

Hello, aku sekarang dah takde gelaran budak blog lagi yoo. Hahaha, takde mase dah nak blog2 ni, time rajen je macam sekarang je mem'blog'-ing. Tapi sekarang aku taklaa rajen sangat kan. Semakin sedikit idea untuk memblog ye :)

Thursday, February 10, 2011

Realiti Sebuah Kehidupan.

And, aku kat sini menyambung cerita. Cerita yang tak menyeronokkan tapi itu adalah realiti sebuah kehidupan. Rupanya hari ni baru aku sedar, yang aku merungut banyak homework segala tu sampailah ke harini esok dan lusa ada hikmahnya. Aku sentap dengan seorang cikgu matapelajaran aku yang ajar aku ni. Nama tak perlu disebutkan. Sentappp. May take to heart. Tapi. Idk.

Apalagi aku boleh kata, tahun ni merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan dari Tuhan untuk aku sekeluarga. Aku nak exam. Arrgggh pening kepala aku. Tapi aku akan cuba tangani sebaik mungkin. Jangan melihat sesuatu dari kaca mata sendiri. Kenapa dan mengapa sesuatu kejadian berlaku ada jalan cerita tersendiri. Camtu jugak hidup aku. Aku menyesal lah cakap KENAPE ADE BANYAK SANGAT HOMEWORK? Hai. Entah. Ape aku cakap ni :(

Takde sape yang nak kan kerumitan. Lepas satu, satu yang aku alami. Nt aku sambung. Bye.

Tuesday, January 25, 2011

Pity him.

Okay, firstly aku nak cakap kat sini. Tadi masa kat sekolah. Masa aku tengah tunggu Ibu Nazreen nak ambil aku and kawan kawan aku lepak dekat kantin. Lepastu masa tengah lepak sekali Adam Nasir cakap. " Okay, Adam dah jumpa satu surat cinta! "

Aku dengan Umar berebut surat tu. At last aku yang dapat. Hahaha. Memang pecah lah perut kalau baca surat tu. Serious kelakar. Tapi if take a step back, kesian dekat budak lelaki ni. And kitorang ada rasa yang surat ni surat budak Form One. Sebab kalau nak kata budak Form Two, maybe yang kelas jauh jauh yang buat. Tapi isi surat serious desperate gila, kelaka pun ada. Ada penanda wacana sekali tau. HAHAHA

Marilah kita baca sama sama ya murid murid XD

Untuk Atika...
Atika aku tahu aku tak layak untuk kau tapi kau janganlah buat aku kecewa.. dah berapa kali aku dah cakap jangan buat aku kecewa.. Aku tahu kau sukakan Farizal bukannya aku.. Aku sedar aku ni siape.. Aku ni bukannya pandai.. Kalau kau nak tahu aku ni ada penyakit.. Aku takkan hidup lama.. Mungkin lagi 2 atau 3 tahun lagi untuk aku hidup.. Oleh itu kau janganlah but aku kecewa please.. Aku sayangkan kau. Kau simpanlah surat ini.. Apabila aku dah tiada kat dunia ni lagi kau tolong doakan aku.. Simpan elok elok.. Bye.. Aku dah tahu perangai kau macam mana.. Aku mintak maaf kalau aku ada buat salah kat kau...

Hadoi, kesiannya. Haha. Sakit perut aku, kau orang nak bukti? Nanti aku snap lah gambar surat ni eh. Don't worry. Okay. Aku nak out. Take care :D

Sunday, January 23, 2011

Wengwengweng.

Pergh aku taktau nak buat apa dah ni. Kalau time busy camni lah jadi eh. Kau tau tak. Aku sekarang dah takde mase langsung nak internet internet ni. Kerja sekolah lagi itu lagi ini lagi. Bila dah busy, otak celaru, kena laaaa relax kan. Time relax ni teringat balek keje skolah tak buat lagi ha. Okay ni aku nak meluah pasal sekolah ni. :'(

Aku nak lepas geram ni. Ape ape hal. Aku kenalkan dulu. Tahun ni aku duduk 3 Harapan lagi. Menjadi harapan lah kononnya kan. Terseksa doh. Dia suruh kita belajar rajin rajin semua tapi dia pernah fikir tak, dia BAGI KERJA SEKOLAH belambak lambak, dengan tuisyen lagi, kerja dekat rumah lagi, kelas petang kat sekolah lagi, dia suruh CUBA cari masa. CARI MASA pekebendanya? Aduh pasai otak ah macam ni.

Pergh dia tak pernah ke fikir ha tu semua PRESSURE? Pressure tu tekanan kau tahu tak, kau suruh aku belajar tapi kau bagi tekanan. Pernah kau fikir family aku pulak macam mana? Dengan homework lagi banyak banyak, tension tau? Bila dah tension boleh tak awak fikir macam macam orang boleh buat? Kalau dah satu cikgu bagi kerja 3-4 mukasurat satu hari, apatah lagi 8 cikgu? Agak agak pernah tefikir tak? And and bila tak siap kerja awak cubit saya, awak marah maki tempik saya, padahal awak tak rasa apa yang saya rasa. Yang betul betul memahami Puan Kalai je lah. Thank God ada cikgu macam dia.

Bukan lah tak ikhlas nak buat kerja, ikhlas tu Tuhan je lah yang tau kan. Aku barulah teringat mase form 3 ni nak BERUBAH. Tapi tak sangka pulak boleh jadi macam ni. Sepatutnya, guru perlulah memahami pelajarnya. Tolonglah jangan bagi tekanan. I can get sad, I can get frustrated, I can get scared if you press press and push push me like this. :'(

Tuesday, January 18, 2011

Ant and Cat.




Once upon a time..

Ade seekor kucing datang ngorat seekor semut..lalu bila kuceng tu baru nak pewiit kat semut tu tetibe semut tu hilang. Magic kan. Aku pun tak tau la mana semut tu hilang. But yang pastinya the ending is kucing tu terjumpa semut yang telah penyek di bawah tapak kaki eh. Sad ending kan.

Aku tau korang tak pernah dengar cerite tu sebab aku yang cite.

Ok, aku percaya jodoh itu ada and kita taktau jodoh tu dengan sape. Tapi jodoh pasti akan datang. Cepat lambat je urusan Nya. Manalah tau.

Moral of the story is bercinta la biasa biase je. Sebab yang penting ialah cinta pada-Nya.

Saturday, January 15, 2011

Siti Dharhayyu, Nurthaqifah, Nur Atiqah.

Ini gambar paling manje dan gedik kami. Kesian aku -,-. Terhimpit. Maklum lah. Diorang kan sayang aku. Haha

Gambar ni aku suka, menarik. Tak tau lah kenapa, nampak TINGGI kot . hahah


Itulah gambar kami yang paling pelik. Kami ye tak. Hihih. Aku suruh diorang senyum. Masing-masing buat hal sendiri. Dah kebulur lah tu. Muka Ayu dengan Eykha cantik sekali. Wohoo, jahatnya aku :]


Wohooo, sampai di sini sajaa, sebenarnya aku dah boring gila gila ni. Kredit pun takde. Parah hidop cuti cuti ni. Duit takde. Huh.

Thursday, January 13, 2011

My Ambition is ..

Tiba-tiba aku rasa teringin nak cakap pasal cita- cita aku. OMG, aku sungguh kerdil ye tuan tuan dan puan puan waktu sekolah dahulu. Betul betul kecik dan tinggi. Sekarang pun same je. Bezanye dah gemuk. hahaha :D okkkaaaayyyy, berbalik pada tajuk kite, ape cita cita aku waktu aku kecik, teenager sampai lah sekarang.

Masa sekolah akhir tahun dedulu kan mesti cikgu tanya nak jadi apa. And jawapan standard aku adalah doktor, cikgu, polis haha dengan saintis. Tapi aku taktau ape tu saintis walaupun aku dah masuk sekolah menengah sekarang. Yang aku faham masa umur aku 10 tahun, nak jadi doktor kena jadi saintis dulu lepastu baru boleh jadi doktor sebab doktor kan kena pandai Science, muehehehe.

But as we grow older, cita-cita itu akan berubah.

I don't want to be a doctor sebab aku tak rasa aku ni sabar dan aku minah nangis, kang sesikit cek cek orang, nanges. Hesh. Cikgu lagilah, tak anak murid aku mati akuu yang mati kene buli. Seriously I respect sesiapa yang choose to be a teacher. Saintis memang tak nak lah kan. Bukanlah aku taksuka jadi doktor, minat tu dah ada. Tapi asal tengok je darah, mangai. Mulalah al-kisah, aku pulak yang jadi pesakit kan. Cikgu pulak, seriously aku nak gila gilaaa jadi cikgu. Satu hal pulak. Aku ni manaboleh takbuli budak, tak pun budak yang buli aku nanti. Ha. Kan dah. :P

Masa sekolah rendah.

Waktu ni, aku dah cute dah. Dah jadi Si Comel tp waktu ni pling best sebab tak fikir apa-apa pun pasal dunia luar. Tau tau je, pegi sekolah, jumpe kawan-kawan, balik umah, main lagi, lepas tu terus tido. Waktu ni pengaruh cikgu cikgu dan kawan kawan sungguh tinggi. Diantara list impian aku adalah cikgu (ni sume org sure ade punye), lawyer, bomba, doktor, ustazah (aku nk tergelak bila teringt yg ini) dan pramugari ye. Eventhough aku tak tau ape itu lawyer, tp aku dgr mcm best, terus je aku pilih nk jadi cita cita aku. Memang pemikiran budak kecik. Pasal pramugari tu, aku suka pegi jalan jalan, so kalau jadi pramugari dpt pegi jalan jauh. Plus, pramugari kan tinggi dan cuuunnnn. Well, aku kan tinggi. Oh ye lupa. Aku cuuunn ape :D

Waktu secondary school pula.

Waktu ni dah matured sikit. Lagi lawa lah kan hehe. Tapi still, takde lah matured sangat. Waktu ni aku nk jadi Doktor Psikologi, Bank Manager, Pilot. Hahahah. Asal mane aku teringin jadi Doktor psikologi, masa aku tengok ada sorang budak ni dudukkk je senyap kan. Sejak daripada tu lah aku nak sangat jadi doktor psikologi, poyo betul. Bank manager pulak. Ecelii, aku tengok jawatan arwah ayah aku, nak cakap tinggi, tak lah. Tapi, aku nak berusaha untuk lebih baik lagi. Nak lebih tinggi jawatan daripada arwah ayah aku. Aku kan anak yang baik. Okay next, PILOT pulak. HAHAHA. Hentah ape ape aku ni. Dulu nak jadi pramugari, ni pilot pulak. Sah mengada ngada. Lepasni masa kat U apa pulak cita cita tinggi yang aku nak cakap pulak kan? Adoiii.

Winkwink. Banyak kan cita-cita aku? Nonsense punya budak. :D

Saturday, January 1, 2011

You can be happy where you are ; OMAR'S

Alfatihah buat Fadzil binti Azizah.

Marriage is the agreement to let a family happen. SETUJU! And today, if nak tau. Hari aku berjumpa dengan family arwah abah. Memang menakjubkan. Selama 17 jam aku bersama mereka. Walaupun tak sampai sehari, aku dapat rasakan yang family itu benar benar happy.

If you want to be happy, be. Jangan nak campur adukkan perasaan marah benci and everything yang ada kat kepala kita ni. Ingat. Hidup ni bukannya selalu indah. Kalau dah datang yang baik tu, Nikmatilah ia. Saaayang family aku.

Pukul 12 lebih nak pukul 1 dah aku sampai rumah makngah. Aku tukar baju and salam salam dia orang. Lepastu buat cupcakes! So comel, and nak bagitau ni. Cupcakes tu yang ukir and lukis nama nama tu aku tau. Hihihi. Comeel gila kot. Kecik kecik je, punya lama aku buat dengan Kak Ira. Penat penat.

Pagi yang indah, aku bangun pukul 7.30 pagi akibat dikejutkan oleh Mama saya. Gosok gigi sampai berkilat kilat macam kertas kilat lepastu cuci muka guna clorox 99.99% bersih. Ikut pakngah pergi rumah Makndak di seberang sana.. Sampai je aku sarapan makan 4 keping roti jala for the first round, hihi. Japlagi jumpa kembar aku yang pertama. Atirotttttt.

Chit chat chit chat alexander. Aku naik atas. Jumpa kembar kedua aku. Tengah terbungkang tidur. Aku kena tegur aku dah berisi. Muahahaha. Aku memang tak tahan gila time Atirot cakap camtu. Aku nak DIET! Dah boring. Turun bawah tinguk cerita Lilo and Stitch. Memang tak masuk otak aku tinguk cerita tu de, maklumlah. Aku kan dah MATANG. Hahah poyo je. At last. Aku tinguk jugak cerita budak kecik dengan alien biru dia tu. Dah lah hitam. Nasib muka comel. Silap anak Negro je.

Tiba tiba aku nampak something yang bersih. Tinguk punya tinguk, Haziq dah mandi. Dia lah seko umat yang dah mandi time tu. Pergggh handsome siot. Kalau kau bukan cousin aku lah kan. Aku dah usha dah. Lagipun kau bawah umur. Taknak lah usha budak kecik. Hahahahaha. Atirot, Danial, Haziq and Adik Fir lapa. Dia orang ajak aku makan. Aku pun apalagi. Makan lah lagi.. 2 keping aku telan. Hihihi. Kalau ikutkan harini dah 6 keping tau. Ish ish ish. Qifa Qifa.

10.30 pagi. Sambung tidur. Selepas penat kemas and menta darah HAHAHA. It sokay. Aku muda lagi. Gemuk pun tak kesah. Tak kesah ye tak -,- Back to the story. Nak dijadikan cerita, aku bangun balik pukul 1.30 petang. Akibat penat buat cupcakes semalam.

Sampai di rumah Makngah, aku pun jadilah photographer bersama Atirot, Baim, and Kak Ina. Bajet power je aku kan. Paklong bagi camera kat aku. Paklong cakap. Amik semua gerak geri Paklong kemanapun paklong berada. Aku pun follow jela buntot Paklong aku yang handsome tu.

Aku takdapat nak berborak dengan kembar aku yang ketiga tu. Sombong lah dia.. SEDIH aku siot. Tapi takpe. Aku tetap happy jumpa kau. Rindu dekat kembar number 4 aku. Kalaulah dia ada. Dah cukup korum dah 4 DARA PINGITAN. Atirot jelah yang ade dengan aku tadii.

BUT WHATEVER WHERENEVER FOREVER AND EVER PUN, Aku bahagia dapat family sporting macam ni. Aku bangga aku ada family begitu. Aku appreciate aku ada family begini dan begitu. Congratulation Kaklong, :) What a wonderful life I've had today! I wish it will be forever. May Allah bless korang tau. I love OMAR'S !