BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 31, 2010

Library ?

Haha tajuk takleh blaa. Muak dah pergi lib, aku tau sangat mesti aku kene tinggal punya. Dorang g shopping, aku buat homework, biasalaa. haha patu kene tinggal ng aku. Haihh entahla. Aku tade mood nak buat blog. Aku demam ah. So tak larat nak menaip banyak-banyak, Sorry :'(

Friday, July 30, 2010

Rinduuuuuuu :)

Menanti hari-hari menunggu kamu, dan aku masih setia. Ceh ayat takboleh tahan. Aku mengaku, Seriously aku memang jenis jiwang leleh dan aku takdapat nak mengelakkannya. HAHA. Kerinduan aku masih belum pulih, Rindu tersangat rindu yang mendalam. Hari-hari mimpi kau. HARI-HARI teringatkan kau. Kau kau kau. Kau adalah kau dan aku adalah aku dan aku tahu itu. hahaha

Sekarang pukul 10.40 pm. Rumah aku dah gelap sama macam bilik aku, Sekali sekala ulat lampu lalu di screen lappy ini. Dengan rileksnya dia berkata Assalamualaikum kepada aku, aku yang tengah lapar dengan segeranya makan ulat itu,eyeyeeekk. Takkan la aku nak makan. Gilaa apa. hahah

Sebenarnya, aku boring tersangat boring. Rakan baikku semua dah tidur. Mesti anda-anda terfikir bagaimana aku mendapat tahu bahawa mereka sudah tidur kan? Yeahh. Jawapannya,

1. Esok kitorang nak g library, tu yang dorang bersemangat sangat kot nak tido awal.
2. Aku mesej, seko pun tak balas, kurang asam betul.

Ape je yang ade mase Online? hmm. Hari-hari menunggu dan terus menunggu. Aku tak pernah jemu menunggumu. hehe. And sebenarnya jugak aku takde mood nak g library esok. Kalau bukan sebab Eykhaaa cetek, takde maknenye. Dia paksa aku. Sian pulak tak pegi kang, Aku dah lah sayang dia. HAHA.

Sayang seribu kali sayang, benci satu kali sayang, apebende yang aku merepek pun aku taktau. Nak kata apa lagi? Hmm. Goodnight kawan-kawan. Yang lepas biar lepas, dan yang akan datang tak siapa tahu, yang penting kita bersedia. Yeah. Aku pegang kata-kata itu. Aku tak perlu sedih lagi sebab aku dah ada dia, kawan-kawan yang berada di tepi. Cikgu yang berada di tengah and so on. Aku bersyukur apaa yang ada. Bagi aku cukup kehidupan aku sekarang.

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri HAHAHAHA. byebye Goodnight.

Thursday, July 29, 2010

Aku Sakit.

Tak siapa yang tahu. Perut aku sebu, badan aku panas, aku muntah-muntah. Semua taktahu. Mase dekat sekolah tadi, aku jaga budak form 4, huihh bercakap je keje dia. Takdo kojo laen. Apalagi, aku amek ah nama dorunk. Then, ada majlis memperingati arwah Cikgu Ahmad Izir. Lepsa tu, aku masuk kelas belaja Sejarah.

Waktu rehat. Aku makan aa, ternyata perut sakit dan sakit lagi, Tuhan jela yang tau betapa terseksanya aku. Lepas makan, aku terus bertugas. Pukul 10.25 a.m, aku halau budak ni masuk kelas, Danial Rosman, ttbe sepak kaki aku, untung aku tahan, dahla time tu aku tgh menyirap, hangin pasal laki tu, aku penampar dia dr belakang. Bukan niat aku nak penampar-penampar orang. Dah aku tgh marah, hangin. Kau g kacau aku buat apa.

Masuk waktu Science, perut sebu, badan panas. Dah effect kat kepale pulak. Aku dgn hanginnye masuk lh Makmal. Time tu kerusi kat belakang, so aku g lah belakang ng muka selenge, yele, orang saket. Suddenly, Farhan Iskandar sergah aku, aku terkejut ah. Aku jerit. Aku pukul dia sekuat hati aku, aku penampar dia kuat-kuat, padan muka. Sakit hati gilaa tau tak, Lemah semangat aku. Biadap betul. Masa waktu Science, aku tidur. Biasa Sir Lim Jit Suan marah, ni cam tau tau je aku sakit, aku tido jela, dah tak larat nak angkat kepale. Satu apapun tak masuk otak, bangun-bangun je dorang cakap 'Thank You Sir' . Patu waktu BM, buat Peribahasa, buat jela. Best jugak. Perut saket doee :'(

Waktu balik. Cari angah takde, aku letak jela buku aku kat dlm box tu. Sakit hati, Sumpah sakit hati. Patutnya aku yang cakap terima kasih kat kau, kau tahu tak? Bongok sungguh kau.

Qifa, lupakan dia, lupakan lupakan lupakan. Forget him. Bia dia dengan jalanraya dia sendiri. Lelaki memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Sabar okay. -,-

- SUMPAH SAKIT SEKARANG -

Hidup kalau asyek nak mengACCUSED je tu yang payah.

*Der, aku ingat apo ekau buek kek aku. Takpo. Dah takdir hidup den camni nak buek camno. Timo kaseh la tuduh den macam2. Den suko. Takpelah en. Aku seda laa. Yes really kau memang sayang AWEK kau en. Takpe, kau tipu aku macam macam, ni sekarang kau tuduh aku. Cube aku buat camtu kat kau. Mesti sakitkan ?

Kau takpena pk perasaan orang en? HAHA aku tak pena maki kau, tu la the first time aku maki kau and time tu aku atas moto, sebb kau lah aku bawak moto laju laju smpai 100 km/j . Dahla time tu aku pening. Silap2 aribulan makan gune straw. Ohh kesiannya diri ku ini. Ku angankan pelamin indah, untuk kitaaa, berdua singgah sayangnyaaaa. HAHA semua musnah.. Kain pelekat cap kucing betul. Geram wea, then, ringannn yo tangan den ni nak ponampa kau. Takpo. Sazah kato sabaaaa. Saba qifa saba O:)

Alhamdulillah. muncul seorang lelaki/jejaka tampan cewahh ahahha menasihati aku. Dan kini aku tenang mengharunginya, ayat tak boleh blah wea, kopado mamat yang buek den cmni tu timo kasih lah yo, den torimo apo kau buek kek den ni .

Akher kato,

-hidop kau takkan bahagio kalau kau buek den ni hanjeng kau lagi. tp apoapo pun, den harap an kau bahagio lah disampeng orang yg tersayang hahahaha

' A GOOD WOMEN DESERVE A GOOD MEN '

Terima Kasih. ;)

Tuesday, July 27, 2010

Ohh My Sweet BigFoot.

Hari ni. Dalam kelas aku dapat gulagula Ikin bagi. Hee. Aku seperti biasa mengatakan terima kasih Ikin. Then Subject Mathematic pun bermula, Ya Allah suka gila aku. Math tu da la Subject paling aku suka. Ok tutup cite. Patu Sejarah pulak. Cikgu Dayah cakap " Kamu ni pandai, tapi kamu cepat lalai " hmm. Entahlah, Patu waktu rehat pulak. Aku makan roti hotdogggg. Yummy perut tgh lapa, kene hotdog dengan roti, kenyang sepanjang hari hehehe.

Naik kelas, ini diaa, waktu Geografi. Masuk cegu relief. Hmm. Cikgu cakap. Lepasni belajar sendiri. Adoiiii. Kalaula arwah ada, mesti dia bangga dengan aku. Aku belajar sendiri ni :)

Masuk waktu Pendidikan Islam. Yes, aku suka aku suka ! Aku buat pembentangan. Then aku duduk. Paan buat pembentangan pasal Surah-surah Al-Quran. Aku kene berdiri. Sebab takdapat jawab. Nasiblaa kawan-kawan laki aku ade boleh tolong aku, kalau tak, dah mati sebab malu -,-

Harini jugak aku asyek terkejut dan menjerit, asal terkejut je aku menjerit. Asal aku menjerit je mesti terkejut, taktaw ah asal. Ade petanda tak baik kot? Siapa tahuu. Tadi paan kacau, aku duduk, buat keje. Dia datang. sergah dan ketuk mejaa, ape ke bengong tu. Adoi. Aku marah laa dia, pastu dia tacink. Patu ok balekk. Lenguh tangan menulis tadi. Abang pula di dalam kelas asyek terkejutkan akuuu je. Cakap pasal Faizul aka abang aku, harini dalam Sejarah you know, the FIRST time siap keje skolah. DALAM KELAS. menjerit diaa. Bengongg.

Sampai lah waktu baleknyee. Balek lah en, patu sampai umah, Online. Yang setia tunggu aku tu, Danial Daud, terima kasih laa kerana sudi menunggu. kaulah kawan dunia akhirat, Sorry.

Tamatlah ceritera aku hari ini. I Miss You. :'(

Monday, July 26, 2010

Sesampainya di Rumah.

Hari ini sangat memenatkan aku. Ohh My God. Namun begitu aku tabah menghadapinya dengan tenang, rela dan senang hati. Aku mengaku, harini banyak homework. Antaranya ialah :

  1. Bahasa Melayu (karangan bahan rangsangan)
  2. Mathematic (arc of the circle)
  3. Science (water supply)
  4. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  5. English (comprehension)
Akhirnya, berkat usaha dan gigih aku dalam mencapai cita-cita menjadi doktor, aku dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut. Tapi, bm dengan psk belum siap lah. Aku kan rajin, memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran walaupun pelajaran tersebut ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pukul 2.00 petang. Jam Loceng di Sekolah Menengah Dato' Haji Mohd Redza berbunyi dengan nyaring sekali. Pada waktu yang sama perut aku pun memainkan alunan muzik caklempong; tari perut lapa. Tunggu la Eykhaa di korridor 2 Harapan dengan penuh kelaparan. Kami turun ke bawah bersama-sama dan menunggu orang lagi, HAHA keje kitorang memang tunggu orang je, *Syakilalalalalala Azira dan Adila. Tunggu punya tunggu tak turunturun, dorang ni ade satu hobi bila nak balik. Pergi tandas, tengok cermin, betulkan baju and so on. Tak sampai jugak. Aku dengan penuh perasaan laparnya berkata "wea, tunggu dorang kat kantin ah" "jom" katanya. Lalu kami pun naik ke kantin.

Sampai di kantin, aku meletakkan kepala aku yang comel ini ke atas meja dan merebahkan diriku di situ, Ohh bestnye dapat tido di kantinn :)) Patu aku kua ah kantin. Sekali aku tgk si Dila ng Kila ade lak tepi dewan tertutup, mcm biaselah, tenung muka kat cermin. OIII jerit ku sambil tersenyum;) WEA LEPASNI AKU TUNGGU KO KAT KANTIN AH KALAU KAU LAMBAT EH ? -,- OKEOKE.

3.30 petang. Bas masih belum sampai. Tuhan, perut aku tidak bisa buat lagu Khatimah Cinta lagi , aku seperti awek manis kebuluran di pondok bas berhampiran dengan jalanraya yang lurus kat depan sekolah aku tu. "Mana bas ni?" aku dengan sakit hatinya, tertidur di tepi jalan eh di pondok bas yang buruk itu. Tiba-tiba, ade satu bau ini amat mengasyikkan. Bau lori sampah, astaghfirullahhalazimmmm. Aku terkejut ! aku fikir lori tilam yang lalu rupa-rupanya lori sampah seindah Indah Water. Lepastu eykha g call ayah dia.

4.00 petang. Sampai lah aku di rumah. Aku bukak tudung saji. YEAAAAAAAAA ! makanan kegemaran, ikan sembilang masak cili api. Apa lagi? aku mengambil pinggan dan terus makan. Patu Online. Ohh leganya. Kenyang hatiku hehehe ;)