BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 26, 2010

Aku dan Selsema.

Assalamualaikum, hacum sana hacum sini. Ceh, anda semua tau. Aku kena selsema. HAHA. Selsema dah lama. Demam pun sama. Demam bukan jenis demam panas, demam sejuk. Aku dah telan ubat selsema biasa yang mengandungi antihistamines. Tengok tu. Lidah aku, tiba-tiba berpusing menyebut benda alah ni. HAHA.

" Kak, ada ubat yang lebih cepat untuk hilangkan selsema tak? " Ubat ni pun aku dah telan. See, still macam tu jugak. Bila dah selsema ni, memang seksa doe. Sure lidah rasa payau payau, pahit pahit. Air saliva pun rasa macam banyak je. Semakin lemah antibody aku ni. Tu laa. Sayur taknak makan. Padan muka aku. Tapi takpe.. Aku masih gagah untuk hang pada 28 ni. Tengok tu. Buruk perangai. Kat umah. Sakit nak makan je. Sampai 28 sehat pula nak keluar. Hehe, oh no. Flu flu ! HAHAHAHA

Lubang hidung menunjukkan banyak nose water *bak kata Zizan. Time selsema ni. Lepas makan ubat biasanya tak ngantok. Entah kenapa ubat yang beli dekat farmasi ni jadi ngantuk pula, *Sambil menyedut hingus yang terkeluar.. minum air. 1 jam yang telah berlalu, ngantuk. Tidurlaaaah. Tidur punya tidur. Ha kau. Pukul 9 lebih aku bangun. Dengan tak sembahyang. Tak baca Yassin. Astaghfirullah. Apa nak jadi kau ni Qifaaa, adoi.

Bukan apa. Aku selsema lama lama ni mak aku cakap tak elok. Aku pun takut jugak, takut kena influenza B h5hi5 and give me five ! Hoyeahhh. Suko lak kau. Ada berani maun tanggung? Silap silap mati kena selsema babi h5hi give me five.

Ubat ubat ubat. Tu dia. Mai da. Ubat. Kau tau tak bahaya tau makan ubat ni. Dadah. Dadah musuh nombor 1 Malaysia. HAHA. Malaysia ke Dunia? Takreti Makcik do. Di nasihatkan agar janganlah kita makan ubat kerana ubat itu dadah. Kita boleh ketagih. Hihi. Kalaulah aku cakap macam ni kat mak aku. Gerenti kena basuh otak aku ni. Clean habis ! Baru aku tau jarak langit dengan bumi. Hahaha.

Dijadikan cerita, disebabkan demam ini juga terhapusnya dosa kecil aku. Ceh. Dahla tinggal sembahyang. Berpuyun dosa aku tanggung. Bertaubatlah kamu. Ha rasakan kau di akhirat kelak !

It's something I do every year to hope I don`t get the flu.

0 comments: