BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 19, 2010

Indahnya Pelangi.

" Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi.. Kita tertanya-tanya ke mana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah. "

Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin kat orang lain, ungkapan ini nampak biasa, tapi bagi aku besar maknanya. Hidup tak selalunya indah, kerana hidup ini umpama roda. Kalau berada di atas, jangan terlalu poyo kerana kita mungkin berada di bawah, dan ketika di bawah, percayalah. Nanti kita boleh berada di atas.

Kita kena anggap ujian yang Allah bagi kat kita ni sebab dia sayang kat kita. Dia tak nak hambaNya terpesong jauh, kembali mengingati diriNya. Sepatutnya kita seronok dapat ujian, tandanya Allah masih ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa. Handsome pun pernah cakap macam ni.

Apa apa pun. Ingat, pelangi itu indah, ia pasti akan muncul, lebih indah kalau kita sabar menunggunya. :)

0 comments: